CHAPTER (2) PULAU BESAR

Pada ombak dan laut itu
Milik rahasiaku
Pada batu-batu bukit-bukit
Milik rahasiaku
Pepohon-pepohon
Milik rahasiaku
Sang angin jua milik rahasiaku
Apakah aku milik rahasiamu
Rahasia tapi nyata
Nyata tapi adalah milik peribadi
Milik aku.

Hatiku sedih sayu dan hiba
Kepada allah ingat sentiasa
Kerana ingin hendak bermanja
Diriku ini tak punya sesiapa

Aduhai allah yang tiada bertempat
Hambamu sedih terlalu amat
Dibahu hambamu telah kau amanat
Semanjung emas negara bertempat

Aduhai allah empunya keramat
Berserta dengan berkat mukzijat
Kepada datukku nabi muhamad
Tolonglah daku yang punya qudrat

Aduhai tuhan habiur rahman
Kasih sayangmu aku harapkan
Keredhoaanmu jua aku dambakan
Engkaulah saja aku maksudkan

Ya allah tempat mengadu
Kepadamu allah aku berseru
Peringatkan aku sentiasa dirimu
engkaulah saja aku harapkan
Kasih sayangmu itu tujuan
Demi menuju jalan kecintaan

Kecintaanku ini engkau ketahui
Bukannya cinta pada duniawi
Cinta ketuhanan darinya hati
Kerana hati milikmu illahi
Jika engkau mencintai daku
Aduhai muhamad azali ..
Baiklah tahu
Hujahanku kepadamu bertalu-talu
Akanku korbankan jiwa ragaku
Demi allah cintaku satu
Walaupun lumpuh sekeian jasadku
Jiwaku tetap hidup bersamamu

Aduhai muhamad azali aku berseru
Pendamkan didalam akan cintamu
Rahasiakan perhubungan engkau dan aku kerana kecantikkan itu adalah kurniaku
--delusi 0598

Comments

Popular posts from this blog

CHAPTER (3)PULAU BESAR

BULAN WULAN